32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ajai Puji Aura & Daya Tarikan Dimiliki Thalita – ‘Sama Dengan Arwah Maknya’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan komposer, Ajai mengakui anak kepada Allahyarham penyanyi Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra mempunyai daya tarikan serta aura yang sama dengan ibunya.

    Ada persamaan

    Ajai atau nama sebenar Mohamad Faizal Maas berkata, dua figura itu mempunyai nilai komersial dan keyakinan yang tinggi apabila tampil membuat persembahan di hadapan khalayak ramai.

    Bagaimanapun, Ajai memberitahu cara penyampaian ketika menyanyi antara Thalita dan Siti Sarah adalah berbeza.

    Cara Thalita menyanyi tidak sama dengan arwah maknya (Siti Sarah), tetapi yang sama adalah tarikan yang ada. Thalita mempunyai tarikan seperti arwah.

    Ketika pertama kali saya jumpa dengan arwah dalam sebuah pertandingan, saya lihat arwah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

    Apabila arwah menyanyi, cara ‘eye contact’ dengan juri seakan dah ada sebuah album. Nilai komersial yang ada pada arwah sangat tinggi, begitu juga sekarang ini saya lihat pada Thalita.

    Ajai berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast Lepak Bapak.

    MENARIK:  Warga Emas Nekad Akhiri Hayat Ibu Usia 100 Tahun Kerana Terbeban & Penat Mengurus

    ‘Good listening’

    Bercerita lanjut, Ajai turut memuji pendengaran Thalita yang dikatakan bagus ketika dia mengajar gadis berusia 12 tahun itu menyanyi.

    Thalita mempunyai pendengaran yang bagus. Apabila saya mengajar dia menyanyi, saya memuji pendengarannya.

    Paling bagus, Thalita menunjukkan minat yang mendalam untuk menyanyi. Tidak semua orang dikurniakan bakat.

    Terdahulu, Thalita antara yang membuat persembahan di Konsert By Ajai & Friend yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.

    Thalita menyampaikan dua buah lagu yang merupakan milik arwah ibunya berjudul Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta (duet dengan Shuib).

    Selain Thalita, antara penyanyi lain yang menjayakan konsert tersebut adalah Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Asmidar, Hazama dan Hafiz Suip.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah