Lagu Jodoh Lebaran dendangan penyanyi Aisha Retno menjadi antara lagu raya popular tahun ini dan mendapat tempat di hati pendengar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Menangis Alunkan Surah Al-Qadr – ‘Saya Baca Tafsir, Ia Sangat Bermakna & Sentimental’
Artikel Berkaitan: Dikritik Pakai Korset Di Luar Kebaya, Aisha Tenang – ‘Itu Trademark Saya’
‘Jodoh Lebaran’ Aisha
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menjelaskan tentang inspirasi lagu tersebut yang berkisarkan tentang pencarian jodoh di hari lebaran.
Jodoh Lebaran sebab ramai orang cakap, di hari raya ni kita mencari jodoh bukan sahaja pada pasangan tetapi rezeki, kesihatan dan semua ada anugerahnya di Hari Raya.
Jadi Aisha buatlah Jodoh Lebaran yang menceritakan tentang seseorang wanita ini yang ingin mendapatkan pasangan di Hari Raya.
Susulan mendapat sambutan yang luar biasa, Aishah menzahirkan rasa syukur Jodoh Lebaran menjadi siulan ramai.
Terakhir saya semak sudah 1.5 juta tontonan dalam waktu lima hari. Alhamdulillah. Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada kawan-kawan media yang selalu sokong lagu saya.
100% idea daripada saya dan lagu ini diproduksi bersama dengan adik saya. Kita tulis lagu ni sebenarnya nak dekat bulan Ramadan.
Alhamdulillah ramai berkata lagu Ketipak Ketipung sudah ada benchmark. Jadi, saya pressure diri sendiri untuk keluarkan lagu raya baharu lagi.
Tetapi yang paling penting sekarang adalah bagaimana nak buat lagu itu jadi evergreen.
Sementara itu, penyanyi kacukan Malaysia-Indonesia ini turut memberi pendapat tentang kekuatan yang perlu ada pada sesebuah lagu raya.
Menurutnya, setiap pencipta lagu haruslah bertanggungjawab sebelum menghasilkan sesebuah karya kerana ia akan menjadi ikutan ramai.
Bagi saya, itu sebenarnya umum sebab kebanyakan orang yang keluarkan lagu raya ni atas modal mereka sendiri. Jadi apa salahnya memeriahkan lagi industri dengan lagu raya.
Tapi pada akhirnya, sudah tentu kita nak melestarikan industri muzik lagu raya ni dengan lebih baik. Kalau boleh kita menimba ilmu dulu sebelum keluarkan lagu.
Berhati-hati sebab lagu raya ni evergreen, jadi akan didengarkan setiap tahun. Kalau boleh berhati-hati dalam menulis lagu.
Dalam pada itu, semasa disoal adakah hatinya sudah dimiliki seseorang, Aisha berkata buat masa ini karier menjadi keutamaannya, namun tidak menolak andai bertemu jejaka pilihan dalam industri yang sama.
Biasalah awal-awal tu ada cinta monyet. Tapi lama-lama fokus karier. Kalau ada sesiapa yang mendekati saya, rasanya perlu kenal-kenal dahulu.
Ada beberapa (yang cuba mendekati). Tapi saya rasa, saya akan terima seserius mana dia. Kalau serius, kita teruskan. Kalau tak serius, atau belum bersedia, tidak mengapa.
The post Aisha Retno Syukur ‘Jodoh Lebaran’ Diterima Ramai – ‘Saya Pressure Diri Sendiri Untuk Keluar Lagu Raya Baharu’ first appeared on OHBULAN!.





