28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adam Shamil Enggan Dibayangi Nama Besar, Mahu Bina Identiti Sendiri – ‘Saya Mahu Buktikan Anak Sabah Mampu Melangkah Jauh’

    Shopee Sale

    Pencipta kandungan, Adam Shamil mengakui kejayaannya merangkul Creator of The Year di TikTok Awards Malaysia 2026 yang diraihnya baru-baru ini hadir bersama amanah dan jangkaan yang jauh lebih besar.

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Cara Jimat Kos Cetak Buku Menu Restoran – ‘Tak Perlu Membazir Duit’

    Artikel Berkaitan: Individu Kecewa Meja Tak Boleh Gabung Di Rembayung, Khairul Aming Tampil Beri Respon – ‘Cik Buat Dua Tempahan Berasingan…’

    Kejayaan besar buat diri

    Ketika dihubungi , Adam yang juga berasal dari Sabah menyifatkan kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya, apatah lagi perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.

    Sebagai anak kelahiran Sabah, saya juga sedar bahawa perjalanan kami dari Malaysia Timur mempunyai cabarannya yang tersendiri.

    Cara percakapan, latar budaya dan kedudukan geografi kami berbeza. Kami juga tidak berada di pusat industri seperti Kuala Lumpur, yang menawarkan lebih banyak peluang dan akses.

    Sebab itulah kemenangan Creator of The Year ini mempunyai makna yang begitu istimewa buat saya.

    Saya mahu membuktikan bahawa seseorang anak Sabah, walaupun datang dari luar pusat industri, tetap mampu melangkah jauh dan mencipta impak di peringkat kebangsaan.

    Tidak menafikan dirinya masih belum dikenali ramai sehingga kemenangan tersebut dipersoalkan segelintir pihak, Adam bagaimanapun memilih untuk tidak menghiraukan pandangan berkenaan.

    Sebaliknya, dia menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam industri.

    Saya berharap masyarakat tidak menilai seseorang pencipta kandungan semata-mata berdasarkan jumlah pengikut atau populariti, tetapi juga melalui sumbangan, nilai dan impak yang mampu diberikan kepada masyarakat.

    Itulah juga antara sebab saya memperkenalkan Manifesto Rakyat selepas kemenangan tersebut. Walaupun saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk melakukannya, saya mahu menunjukkan betapa besarnya makna pengiktirafan ini kepada saya.

    Mengulas mengenai perbandingan dengan pencipta kandungan terkenal seperti Khairul Aming dan Pinn Yang, Adam berkata dia tidak mahu meletakkan dirinya di bawah bayangan sesiapa, sebaliknya memilih untuk terus maju dengan identiti dan caranya sendiri.

    Saya sangat menghormati mereka dan ramai lagi yang telah membuktikan bahawa pencipta kandungan mampu memberikan impak yang luar biasa kepada masyarakat.

    Mereka merupakan antara individu yang saya kagumi. Namun, saya tidak mahu terlalu terikat dengan perbandingan. Saya mahu menjadi versi terbaik diri saya sendiri dan membina identiti serta perjalanan saya yang tersendiri.

    Terdahulu, Adam melakar rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator of The Year selepas meraih kira-kira dua juta undi.

    MENARIK:  Amalkan Cara Natural untuk Menjaga Kecantikan Seperti Orang Lama - Salina Saibi

    Selepas kemenangan itu, Adam yang juga pengasas Chunk & Dunk tampil mengumumkan enam janji menerusi inisiatif peribadinya yang dikenali sebagai Manifesto Rakyat 2026.

    The post Adam Shamil Enggan Dibayangi Nama Besar, Mahu Bina Identiti Sendiri – ‘Saya Mahu Buktikan Anak Sabah Mampu Melangkah Jauh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah