28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adakah Kejantanan Hanya Bergantung Pada Kecantikan? Pendapat Michael Ang

    Shopee Sale



    Kisah perkahwinan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mendapat perhatian ramai termasuklah pengarah sensasi, Michael Ang.

    ‘Muda, cantik pun nak jadi nombor 2’

    Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Michael Ang meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan Marissa yang didakwa berkahwin dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Lebih parah apabila perkahwinan tersebut didakwa tidak mendapat restu keluarga.

    Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi ianya seakan merujuk kepada situasi kini yang membabitkan Marissa.

    Muda-muda, cantik-cantik pun nak jadi nombor 2. Kalau aku la cantik macam tu dan muda, lambat lagi nak kahwin awal dan jadi penyondol. Kalau jantan tu elok dan kaya raya boleh lah dipertimbangkan. Ini muka macam masih minta duit dari mak bapak lagi.

    Sementara itu, Michael berkata, sekiranya dia menjadi gadis tersebut yang memiliki wajah yang lawa dan masih muda, dia lebih memilih untuk menikmati kehidupan bujang.

    Macam dah kena minyak dagu je. Jantan tu tak ada otak atau berhati perut ke, senang-senang je kahwin. Kasihan bini dia. All i can say is bod*h…!

    Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Michael. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka, menitipkan doa agar Norman dan Abby diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk menyelesaikan isu tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tak Tercakap, Tak Terucap..Hanya Kami Yang Tahu’ – Zara Zya Tetap Doakan Bapa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah