Sejak kebelakangan ini ramai ibu bapa yang menyuarakan pendapat mereka tentang penggunaan ‘stroller’ atau kereta sorong bayi semasa berada di pusat beli belah.
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Sekarang, Yuran Sekolah Anak Bukan Main Mahal’ – Ayda Jebat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Beri Kejutan, Umum Hamil Anak Ketiga – ‘Sekarang Sudah Empat Bulan’
Saling memahami

Menerusi hantaran di Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, tidak pernah menganggap anak sebagai sebab untuk memberi keutamaan menggunakan lif.
Menurut Ayda, adalah penting untuk setiap orang saling memahami keperluan antara satu sama lain.
Berdasarkan pengalaman saya, saya tak pernah rasa, ‘aku ada anak, mereka mesti bagi aku nak lif.’
Ramai yang faham bila orang bawa anak kecil, bagi masuk dulu. Ada juga yang tak nak bagi..tapi saya chill je la, tak perlu buat muka atau marah. Bukan ke kita keluar nak seronok-seronok.
Mungkin orang tu dah lama sangat tunggu lif daripada kita.
Bahaya terhadap anak

Bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hati itu menasihati para ibu bapa supaya tidak menggunakan ‘stroller’ semasa menggunakan eskalator kerana boleh mendatang bahaya.
Kalau boleh janganlah naik eskalator dengan anak dekat dalam stroller, sangat bahaya.
Saya kalau nampak ibu bapa buat macam tu terus tak nak tengok sebab takut.
Banyak video macam-macam kejadian dekat escalator, tapi pilihan masing-masing.
Ayda juga mencadangkan ibu bapa unuk mendukung anak mereka ketika menggunakan eskalator agar lebih selamat.
Dukung anak kemudian lipat stroller dan naik escalator.
Saya rasa lagi selamat. Saya dan suami selalu buat macam itu.
Sumber: Threads
The post ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat first appeared on OHBULAN!.





