29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abang Tergamak T*tak Adik Sendiri Sampai Mati

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa menetak adiknya sendiri menggunakan parang sehingga mangsa meninggal dunia.

    Abang tetak adik

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Sinar Harian, kejadian ngeri itu berlaku di Bandar Karamunting, Sandakan pada Ahad lalu kira-kira jam 5:30 petang.

    Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, mangsa yang berusia 43 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

    Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur rumah berkenaan setelah ibunya mendapati pintu bilik mangsa terhalang.

    Pemeriksaan awal mendapati ketika kejadian hanya mangsa dan abangnya berada di dalam rumah.

    Susulan daripada itu, abang mangsa, 44, telah ditahan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

    Suspek kemudian membawa polis dan menemukan seluar berlumuran darah serta tiga bilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

    Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah akibat tetakan pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan dipercayai menggunakan senjata tajam.

    Proses bedah siasat akan dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan. Suspek yang masih tinggal bersama keluarga merupakan seorang penganggur dan dipercayai mempunyai masalah mental.

    Siasatan turut mendapati jiran pernah mendengar bunyi orang mengerang pada pagi Jumaat lalu namun tidak menyangka ia berkaitan insiden itu.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    MENARIK:  [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’

    Sumber: Sinar Harian

    The post Abang Tergamak T*tak Adik Sendiri Sampai Mati first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah