33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abang Aziz Jatuh Bot & Gelak ‘Silent’ Antara Kompilasi ‘Best Moments’ & Memes TV3 Yang Penonton Ingat Sampai Hari Ini!

    Shopee Sale



    Selamat Hari TV3! Stesen televisyen terkemuka Malaysia, TV3 bakal menyambut ulang tahunnya yang menginjak usia ke-40 pada 1 Jun 2024 ini.

    Sejak mula beroperasi pada 1984, TV3 kekal menjadi peneraju dalam membawa berita terkini, hiburan berkualiti dan program-program berinformasi serta menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sepanjang empat dekad penyiarannya.

    Berikutan daripada itu, nak belanja korang semua kompilasi ‘Best Moments’ & Memes TV3 yang pasti terngiang-ngiang di dalam ingatan korang sehingga ke hari ini!

    Klip video lawak dan spontan

    Seperti yang anda tahu, TV3 menyajikan pelbagai rancangan, sitkom, drama, berita, anugerah dan macam-macam lagi hiburan dihidangkan buat penonton setia mereka.

    Kalau anda ingat, terdapat beberapa klip video lawak yang berlaku secara spontan semasa siaran langsung di TV3.

    Walaupun diulang tayang banyak kali di platform media sosial, video-video tersebut masih mendapat perhatian ramai dan dikongsi semula. Antara memes TV yang mencuit hati netizen adalah seperti di bawah:

    1. Abang Aziz jatuh bot

    Seorang Jurukamera TV3, Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu. Reaksinya yang spontan telah tular di semua media sosial dan masih membuatkan kita tertawa sampai sekarang.

    2. Gaya tangan Karam Singh Walia

    Bekas wartawan TV3, Karam Singh Walia terkenal dengan gaya tangannya setiap kali membuat liputan di lokasi kejadian. Sehingga kini, sebut saja nama Karam Singh Walia, kita akan terus teringat gaya tangannya yang unik itu.

    Hos Wanita Hari Ini (WHI) iaitu Fatin Hamimah Yusof dan Fiza Sabjahan tular pada bulan Disember 2022 apabila mereka berdua tidak dapat menahan ketawa ketika mengacarakan rancangan tersebut. Gelagat spontan mereka menjadi perhatian netizen dan turut membuatkan ramai terhibur.

    4. “Setakat ini yang saya tahu, saya tak tahu lah”

    Seorang wakil penduduk menjawab soalan wartawan dengan spontan sehingga ayatnya menjadi perhatian ramai kerana maksud yang ingin disampaikan tidak sampai. Dialognya itu menjadi antara memes legend di TV3.

    5. TV3 kena hacked

    Tular sebuah video rakaman siaran langsung berita di TV3 telah digodam oleh seorang budak lelaki apabila mukanya tiba-tiba terpampang di kaca televisyen semasa pembaca berita sedang menjalankan tugas.

    Macam mana? Korang ingat semua momen yang menarik ini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah