29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    8 Bulan Hilang..Mayat Tanpa Kepala, Kaki & Tangan Dipotong, Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Milik Cikgu Istiqomah

    Shopee Sale



    Misteri kehilangan seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu adalah milik mangsa.

    Mayat guru hilang ditemui

    Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah, perkara itu disahkan selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos baru-baru ini adalah sepadan.

    Difahamkan, polis telah menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

    Siasatan terhadap kedua-duanya kemudian membawa penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira enam kilometer dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan.

    Suspek lelaki bagaimanapun disambung reman hari ini manakala isterinya telah dibebaskan mahkamah pagi Isnin kerana tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.

    MENARIK:  ‘Drama Islamik Disulami Kelucah*n, Matlamat Yang Baik Tidak Menghalalkan Cara’ – Dr Ahmad Sanusi Beri Teguran Kepada Erma Fatima

    Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan seorang guru sekolah yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja. Bagaimanapun, kereta serta kunci kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan ditemui di sekitar Lotus Kota Masai pada 27 Disember lalu.

    Media kemudian melaporkan tentang penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan berbogel dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah