27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    55,000 Penonton Hadir Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Ella, RM100,000 Berjaya Dikumpul Untuk Kebajikan

    Shopee Sale

    Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi kira-kira 55,000 peminat bagi menyaksikan ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, konsert mega khas buat penyokong setia Ella, pada malam Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Ratu Rock Malaysia, Ella Kembali Dengan ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Pada 14 Februari 2026

    Artikel Berkaitan: Suami Dedah Ella Aktif Beri Sumbangan, Pilih Untuk Tidak Hebahkan Secara Umum – ‘Kalau Tak Cerita, Lagi Banyak Pahala’

    Ella terus kekal kukuh sebagai ikon rock tanah air

    Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang dianjurkan bersama Hitman Solutions dan Rockqueen bukan sekadar persembahan hiburan, tetapi sebuah manifesto yang menyampaikan mesej Peace, Love dan Rindu merentas semua generasi.

    Malam itu sekali lagi membuktikan bahawa legasi Ella terus kekal kukuh sebagai ikon rock tanah air dan suara hati rakyat.

    Konsert dibuka dengan penuh dramatik melalui persembahan daripada 30 koir kanak-kanak sebelum Ella muncul dengan lagu Rama Rama tepat jam 8:30 malam, menggamatkan stadium.

    Selain itu, sorakan penonton menjadi bukti bahawa gelaran ‘Ratu Rock Malaysia’ kekal utuh.

    Sepanjang lebih tiga jam persembahan, Ella membawakan 35 buah lagu termasuk karya ikonik seperti Baldu Biru, Dua Insan Bercinta, Layar Impian dan Peace Love Rindu.

    Bagi kemuncak malam tersebut, lagu Standing In The Eyes Of The World dinyanyikan secara beramai-ramai dengan iringan piano daripada pencipta asal, Dato’ Wah Idris, sambil disertai barisan atlet ternama negara, sekali gus mencipta detik penuh emosi dan semangat.

    Malam itu turut dimeriahkan dengan penampilan artis jemputan seperti Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider dan The Boys.

    Kemunculan yang mengejut para penonton, adalah Amy Search dan Joe Flizzow mencetuskan sorakan luar biasa daripada penonton dan menjadi antara detik paling tular malam itu.

    Seterusnya, momen paling simbolik berlaku apabila Ella mengelilingi stadium dengan menaiki trak sambil menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World, ditemani atlet kebanggaan negara seperti Datuk Nicol David, Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Farah Ann, ia menjadikan persembahan itu sebagai simbol penyatuan muzik dan semangat kebangsaan.

    MENARIK:  Filem Janna Endoro yang Membanggakan Wanita Sebagai Hero, Akan Ditayangkan Di Pawagam Khamis Ini!

    Lebih RM100,000 dikumpulkan untuk pertubuhan kebajikan

    Selain itu, segmen penghormatan khas daripada legenda seperti Datuk Ramli Sarip dan Dato’ M. Nasir turut menyentuh hati, ianya menghubungkan sejarah muzik dengan masa kini dalam satu naratif yang penuh makna.

    Lebih membanggakan lagi, konsert ini membawa misi kemanusiaan apabila lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih, ia menunjukkan bahawa muzik bukan sekadar hiburan tetapi juga wadah dalam memberi dan berkongsi.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, kejayaan ini adalah hasil dedikasi pasukan dan sokongan tidak berbelah bahagi peminat.

    Ratu Rock Ella atau Nor Zila Aminuddin turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran seramai 55,000 penonton yang menjadikan malam itu bukti bahawa mesej ‘Peace, Love dan Rindu’ benar-benar hidup dalam hati rakyat.

    Gelombang ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ akan diteruskan ke Singapura pada 9 Mei 2026 di The Star Theatre,dengan membawa semangat yang sama ke pentas antarabangsa.

    Namun di sebalik semua kemegahan dan persembahan hebat, konsert ini adalah tentang peminat 55,000 yang hadir bukan sekadar penonton, tetapi sebahagian daripada sejarah.

    Malam itu merupakan makna sebenar bagi perhimpunan agung ini iaitu meraikan bukan hanya seorang Ratu, tetapi juga sebuah keluarga besar yang disatukan oleh muzik, cinta dan rindu.

    The post 55,000 Penonton Hadir Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Ella, RM100,000 Berjaya Dikumpul Untuk Kebajikan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah