Baca tajuk je dah tegang? Bunyi macam intro babak klimaks rancangan realiti kan?
Inilah situasi sebenar apabila 1400 peserta bersaing dan hanya 9 pasukan layak ke pentas akhir untuk Business Case Challenge, Nescafé Youth Entrepreneurship Programme 2025 (NYEP 2025), dimana mereka perlu menyampaikan idea-idea perniagaan untuk Nescafé yang bernilai jutaan ringgit.
Bayangkanlah, anak-anak muda ini perlu berdiri di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura, untuk pitch idea bernas dalam beberapa minit dan meyakinkan mereka tentang potensi idea mereka untuk Nescafé.
Perasaan takut, gentar dan bimbang perlu diketepikan. Tiada kesilapan boleh berlaku, semuanya perlu on point, Inilah ‘Shark Tank’ versi Malaysia, tempat untuk anak muda tunjuk taring dan buktikan kemampuan luar biasa mereka dalam dunia perniagaan.
9 pasukan beraksi di pentas akhir

Kalau korang nak tahu, lebih 1400 penyertaan dari seluruh negara telah diterima dengan pelbagai idea menarik, moden dan luar biasa namun, hanya 9 pasukan terpilih berjaya mara ke peringkat akhir.
Mereka berhempas pulas selama 6 bulan lamanya membuat kajian, menyusun strategi, menyiapkan slide hingga jam 3 pagi di bawah, dan berlatih pitching berulang kali di bawah pimpinan ketua industri, hanya demi satu detik penting, dimana mereka berpeluang membentangkan idea di hadapan Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura serta pihak pengurusan atasan.
‘Belajar mendengar, menyesuaikan diri dan menyokong satu sama lain’- Pasukan Universiti Putra Malaysia
Menurut pasukan pemenang dari Universiti Putra Malaysia mengingat kembali bagaimana mereka menghabiskan begitu banyak masa dan Nescafé. Ianya bukan lah sesuatu perkara yang mudah apatah lagi bila idea muncul tak putus-putus setiap malam.

“Kami belajar untuk mendengar, menyesuaikan diri, dan menyokong satu sama lain, dan ya… jumlah kopi yang kami minum mungkin cukup untuk memenuhi satu kolam renang.” Kata mereka sambil tertawa.
Itulah semangat anak muda Malaysia. Tak tunggu peluang datang, tapi cipta sendiri dengan kemampuan dan kreativiti idea yang mereka ada.
Apabila ditanya tentang apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan, mereka berkata. “Makan Hotpot dulu. Dah banyak yang kami lalui bersama. Lepas tu, mungkin beli telefon baharu untuk mengingatkan kami tentang usaha selama ini.”
Kalau korang nak tahu, mereka juga mengungguli cabaran TikTok dimana video mereka menerima lebih 13 juta tontonan daripada jumlah keseluruhan 29 juta tontonan bagi 9 video finalis.

Pasukan dari Kolej Yayasan UEM pula menyatakan mereka hampir sahaja berputus asa. Ada malam-malam dimana mereka rasa mustahil untuk meneruskan cabaran ini, apatah lagi idea yang mereka ada agak rumit untuk dilaksanakan..
“Kami benar-benar buntu. Seolah-olah setiap penyelesaian adalah jalan mati,”
Namun, mereka tetap tetap nekad meneruskan cabaran walau peluang yang ada tipis.
Suasana ketika itu tegang dan mengujakan.
“Pada saat itu… kami benar-benar rasa gementar”. Kata mereka.
Setiap pasukan melangkah yakin, membawa impian besar dan harapan agar apa yang mereka sampaikan diterima baik oleh para juri. Bayangkanlah, habis je pitching ada pasukan yang tersenyum gembira, ada juga yang terharu dengan usaha yang telah mereka bentangkan.
Bukan sekadar pertandingan, Ini tentang impian anak muda
NYEP bukan sekadar pentas mencari idea perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ia adalah ruang untuk anak muda mencabar kemampuan diri dan membuktikan bahawa kreativiti mereka mampu memberi impak besar di dalam dunia perniagaan.
Di sinilah lahirnya inovator muda yang berani bermimpi tinggi dan tidak gentar untuk menukar impian menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, perjalanan mereka tidak semudah yang disangka. Setiap peserta perlu belajar untuk tampil yakin, berani bersuara dan menerima kritikan dengan terbuka.
Mereka di didik untuk tidak pernah berhenti mencuba. Dan di sinilah Nescafé memainkan peranan. Bukan sekadar jenama kopi, Nescafé menjadi simbol tenaga, inspirasi serta platform yang menggerakkan anak muda Malaysia untuk melangkah lebih jauh, berfikiran besar, dan percaya bahawa setiap idea hebat bermula daripada satu langkah berani.
NYEP, untuk anak muda yang berani mimpi besar
Menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM32,000, Nescafé Youth Entrepreneurship Programme, buktikan peluang perlu dicipta dan direbut dengan keberanian.
Ianya merupakan platform anak muda menyampaikan visi dan misi mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk diri dan masyarakat.

Selain hadiah wang tunai, 6 pembentang terbaik di Grand Finale telah mendapat akses fast-track ke Management Trainee Programme di Nestlé. Best kan?
Tahniah diucapkan kepada juara, pasukan Universiti Putra Malaysia, naib juara, pasukan Kolej Yayasan UEM dan pemenang tempat ketiga, pasukan Universiti Malaya.
Cabaran perniagaan ini merupakan salah satu inisiatif Nescafé untuk memperkasakan anak muda Malaysia dan memberikan mereka peluang untuk mengasah bakat serta kemahiran yang ada.
Secara tak langsung, Program Keusahawanan Belia Nescafé (NYEP), telah melatih dan menyokong lebih 7,000 usahawan muda di 21 universiti di seluruh Malaysia, membekalkan mereka dengan kemahiran komersial secara praktikal.
Ketahui lebih lanjut tentang Nescafé Business Case Challenge dan inisiatif NYEP hari ini!
The post 1,400 Sertai Tapi Hanya 9 Pasukan Berani Pitch Idea Depan CEO Nestlé Malaysia & Singapura first appeared on OHBULAN!.





