27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Woo Kah Leong kini ketua baru sayap Pemuda PH

    Shopee Sale

    Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan yang baru.

    Angkatan Muda Harapan (AMH) dalam kenyataan berkata pengundian Woo itu dibuat menerusi satu mesyuarat membabitkan semua sayap pemuda parti komponen PH hari ini.

    Kenyataan itu turut merakamkan penghargaan kepada bekas ketua, Dr Kelvin Yii Lee Wuen atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui kepimpinan itu.

    "Kepimpinan beliau (Yii) telah menjadi tonggak penting dalam memperjuangkan aspirasi generasi muda dan memperkukuhkan perananan pemuda dalam politik arus perdana.

    MENARIK:  IPT diingatkan patuh SOP susulan kematian pelajar

    "Dengan kepimpinan baru ini, AMH komited meneruskan agenda reformasi dan bertekad untuk memperjuangkan hak dan kebajikan anak muda demi memastikan Kerajaan Perpaduan dan PH terus mendukung suara anak muda dan kekal sebagai pilihan utama generasi muda," menurut kenyataan itu.

    Pada masa sama, AMH memaklumkan mereka akan menggembleng seluruh tenaga bagi memastikan kemenangan calon kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak dan calon-calon PH pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah