25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga Bangladesh ditahan cuba berlepas di Klia dengan PLKS palsu

    Shopee Sale

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ketika cuba berlepas ke Dhaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam.

    AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berumur 39 tahun itu ditahan sekitar 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 semasa pemeriksaan penumpang penerbangan AirAsia yang dijadual berlepas pada 7.25 malam.

    "Hasil pemeriksaan awal mendapati individu berkenaan, pemegang pasport Bangladesh, memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan di dalam pasportnya. Namun, semakan lanjut mendapati pas tersebut disyaki tidak sah dan palsu," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Perlembagaan jelas, tiada KM 'hatrik' di Pulau Pinang - Loke

    Susulan itu, AKPS memaklumkan individu tersebut telah ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

    AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan negara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan penyalahgunaan dokumen perjalanan atau pas imigresen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah