26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita rugi hampir RM50,000 ditipu lelaki menyamar jadi kawan

    Shopee Sale

    Seorang pemilik agensi pelancongan kerugian RM49,800 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai rakan baiknya.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai rakan baiknya pada Rabu lepas.

    Beliau berkata mangsa seorang wanita yang berusia 63 tahun percaya pemanggil terbabit ialah rakan baiknya kerana suara yang seakan-akan sama.

    "Suspek meminta mangsa meminjamkan wang dengan segera kerana kecemasan. Suspek juga berjanji akan memulangkan kembali wang selepas masalahnya selesai.

    "Mangsa yang kasihan dengan rela hati membuat dua kali pindahan wang ke akaun bank yang diarahkan suspek," katanya ketika dihubungi.

    Bagaimanapun, mangsa berasa curiga kerana suspek meminta mangsa membuat satu lagi pindahan wang ke akaun berkenaan.

    Wanita itu kemudiannya bertindak menghubungi sendiri rakan baiknya menggunakan nombor telefon dalam simpanannya.

    MENARIK:  Nenek rugi RM1.98 juta angkara 'love scam'

    "Kenalan berkenaan mengesahkan bahawa dia berada di luar negara dan tidak pernah menghubungi mangsa untuk meminjam wang. Mangsa yang tertipu telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

    Sehubungan dengan itu, Azli meminta orang ramai supaya berwaspada dengan pelbagai cara dan taktik penipuan oleh sindiket yang berleluasa.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah