26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vape: PAS mahu Pahang proaktif bantu penjual beralih bisnes

    Shopee Sale

    PAS hari ini menyatakan sokongan kepada langkah Pahang mengharamkan penggunaan vape secara serta-merta seperti diumumkan kerajaan negeri semalam.

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata memang menjadi tanggungjawab bersama untuk menyokong langkah pengharaman berkenaan demi kesejahteraan dan kesihatan generasi masa depan.

    Pun begitu, katanya, langkah kerajaan negeri itu wajar disusuli dengan tindakan lanjut.

    “Saya mencadangkan agar kerajaan Pahang mengambil langkah proaktif membantu para peniaga vape untuk beralih kepada bentuk perniagaan lain yang bersifat halalan toyyiban bagi menjamin kelangsungan hidup mereka selepas pelaksanaan larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam Malaysiakini melaporkan, Pahang membuat keputusan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa agama negeri.

    Exco kanan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata langkah tersebut juga mendapat limpah perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    MENARIK:  Vivy Yusof, suami undur dari Fashion Valet

    Dia juga menjelaskan keputusan mengharamkan penjualan perananti itu di semua premis di seluruh Pahang terletak pada pertimbangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    "Kita (kerajaan negeri) cadangkan supaya penjualan vape ini juga dikurangkan secara beransur-ansur... secara berperingkat, atas kemampuan PBT itu sendiri.

    "Cuma kalau boleh mulai tahun depan, kita tidak mahu ada lagi tempat atau premis menjual vape,” katanya.

    Tuan Ibrahim yang juga Adun Cheka menjelaskan, keputusan diambil kerajaan Pahang adalah selaras dengan fatwa dikeluarkan pejabat mufti negeri terbabit.

    “Tindakan tersebut – yang mengikut jejak kerajaan Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor – adalah langkah yang tepat dan perlu disambut baik oleh seluruh warga Pahang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah