29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tujuh pimpinan Otai Reformis umum rebut jawatan MPP PKR

    Shopee Sale

    Seramai tujuh pimpinan dan ahli Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pengundian kali ini.

    Mereka terdiri daripada pengerusi Mustapa Mansor; timbalannya Sangkar Rasam; Pengerusi PKORM Negeri Sembilan Rafee Ibrahim; Pengerusi PKORM Pulau Pinang, senator Amir Ghazali; ahli kehormat PKORM yang juga Adun Chuah Yew Boon Lye dan ahli PKORM Wan Ibnul Bahar Wan Ismail.

    Mustapa berkata penyertaan mereka antara lain untuk memberikan semak dan imbang terhadap barisan pimpinan agar tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan asal PKR.

    MENARIK:  Taufan Remal: Rakyat M'sia di kawasan terjejas digesa waspada

    Jelasnya, calon MPP daripada PKORM juga mahu menjadi jambatan perhubungan yang erat antara reformis pejuang reformasi dengan akar umbi seluruh negara.

    “Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam perjuangan politik dan mengharungi pelbagai cabaran, Otai Reformis mempunyai selok-belok strategi yang berfaedah untuk merangka keputusan dasar parti,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah