31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tugas SPRM rampas wang dicuri, ke mana ia dibelanjakan urusan MOF’

    Shopee Sale

    Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menyita dan mendapatkan semula wang diseleweng, bukannya bertanggungjawab terhadap bagaimana wang itu disalurkan semula atau digunakan.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wang yang dirampas dan dilucut hak kepada kerajaan diuruskan Kementerian Kewangan (MOF).

    “Ringkasnya, tugas kami (SPRM) adalah merampas dan melucut hak wang itu kepada kerajaan di bawah MOF.

    "Bukan tanggungjawab kami untuk memastikan ke mana wang itu dibelanjakan,” katanya pada sidang media majlis penandatanganan Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di sini hari ini.

    MENARIK:  Dengan PH atau tidak, Hajiji tekad GRS terus pimpin Sabah

    Beliau mengulas kenyataan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim yang menyeru SPRM dan kerajaan bersikap telus berhubung penggunaan RM8.5 bilion hasil haram.

    "Yang penting bagi kami adalah mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat kembali kepada rakyat,” katanya.

    Media baru-baru ini melaporkan MCW telah menggesa kerajaan mengeluarkan laporan awam secara berkala mengenai penggunaan wang rampasan, pemantauan bebas oleh Parlimen dan masyarakat sivil, selain tindakan tegas tanpa pilih kasih termasuk terhadap pegawai kanan dan golongan elit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah