29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga jawatan naib presiden Bersatu akan ditentukan hari ini

    Shopee Sale

    Nasib enam calon yang bersaing bagi merebut tiga jawatan naib presiden Bersatu pada pengundian parti itu dijangka akan diketahui hari ini sebaik saja persidangan bahagian-bahagian selesai.

    Dua penyandang, iaitu Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dalam cubaan mempertahankan jawatan mereka, manakala Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu turut akan cuba merebut satu lagi kerusi.

    Tiga lagi calon ialah Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abiddin.

    Turut dipertandingkan adalah jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan peringkat bahagian parti bagi penggal 2024-2027, yang sebelum ini dispekulasikan dengan kewujudan dua kem melibatkan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan kem Ketua Bersatu Selangor Mohamed Azmin Ali.

    Bersatu sebelum ini dilaporkan menggantung sepuluh bahagian parti itu serta menangguhkan persidangan bahagian berkenaan sehingga notis lanjut.

    Sepuluh bahagian tersebut adalah Kota Melaka, Hulu Langat, Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong serta Cameron Highland.

    MENARIK:  Pemuda PAS jangan samakan jenaka Harith dengan ugut bunuh - PKR

    Bagi jawatan presiden pula Muhyiddin Yassin diumumkan kekal menerajui parti itu manakala Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainudin diumumkan menggantikan Faizal Azumu sebagai timbalan presiden.

    Timbalan Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin dinamakan ketua baru sayap itu selepas menang tanpa bertanding.

    Turut menang tanpa saingan Nolee Ashilin Mohammed Radzi bagi jawatan Naib Ketua Srikandi.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pula diumumkan sebagai Ketua Pemuda Bersatu selepas menewaskan pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.

    Manakala jawatan naib ketua Pemuda Bersatu pula dimenangi oleh Muhammad Faiz Rahmad. Dia memperolehi 1,790 undi dan mengalahkan Izhar Shah Arif Shah yang mendapat 1,287 undi dan Ad Adib Shaharuddin (490).

    Jawatan pengerusi tetap diisi Muhamad Amerul Muhamad manakala timbalannya dimenangi oleh Mohd Firdaus

    Bagaimanapun, keputusan rasmi bagi kesemua jawatan dipertandingkan hanya akan diumumkan sebaik selesai mesyuarat bahagian-bahagian parti itu di seluruh negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah