29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada arahan ahli PKR kena sokong BN atau GRS – Fuziah

    Shopee Sale

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya di Sabah mengenai pihak mana yang perlu disokong di kawasan yang mempunyai kedua-dua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kepimpinan pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.

    "Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Veterinar: Ladang ternakan besar punca serangan lalat di Sg Bakap

    Media melaporkan sebuah cawangan PKR telah menyatakan sokongan untuk calon BN di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.

    Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini manakala pengundian awal pada 25 Nov.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah