29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Thailand, Kemboja setuju Malaysia jadi orang tengah – menteri

    Shopee Sale

    Thailand dan Kemboja bersetuju menerima Malaysia sebagai orang tengah dalam membantu menyelesaikan konflik sempadan antara kedua-dua negara itu, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.

    Mohamad berkata Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dijangka akan ke Malaysia petang esok bagi membincang penyelesaian konflik berkenaan.

    “Saya sempat berbincang dengan Menteri Luar Thailand dan Kemboja. Kedua-dua mereka menyatakan persetujuan bahawa tidak ada negara lain yang sepatutnya terlibat dalam isu ini. Mereka mempunyai keyakinan penuh terhadap Malaysia dan meminta saya menjadi mediator.

    MENARIK:  Ya Allah, ambillah tindakan-Mu pada yang zalim - mufti

    “Saya juga sedang menunggu panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (Marco Rubio) kerana mereka ingin mengetahui bagaimana AS boleh membantu.

    “Namun, saya berpandangan bahawa lebih baik Malaysia menjadi mediator terlebih dahulu kerana ini urusan dalaman Asean, dan Malaysia sebagai pengerusi Asean harus memainkan perananan itu,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Segambut di Kuala Lumpur, hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah