26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Termakan keropok beracun: Adik pula meninggal dunia

    Shopee Sale

    Mangsa kedua insiden keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini hanya dua hari selepas pemergian abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3,  ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). 

    Ibu kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi berkata anak bongsunya meninggal dunia kira-kira 1.24 tengah hari tadi.

    Terdahulu, kedua-dua beradik malang itu menerima rawatan di PICU HPP sejak Ahad lepas selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah.

    Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi Rabu selepas 78 jam bertarung nyawa.

    Nurain berkata proses bezah siasat anak bongsunya akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik HPP hari ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berhampiran pusara abangnya.

    MENARIK:  Bicara penuh saman serangan seksual terhadap Anwar pada Jun 2025

    Walaupun sedih dan perit untuk menerima hakikat itu namun beliau reda dengan ketentuan Ilahi.

    "Saya reda, biarlah dia ikut abangnya daripada menanggung kesakitan di sini...hilang sudah semua kesakitan adik sekarang," katanya dengan nada teresak-esak.  

    Media melaporkan dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet.

    Kejadian itu disedari ibu mangsa pada 11 pagi hari kejadian selepas melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut mereka berbuih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah