26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tawaran’ sokong PM: Sebenarnya Wan Saiful yang minta, kata Zulkafperi

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ini menepis dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bahawa dia menerima beberapa tawaran agar mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Zulkafperi mendakwa tawaran tersebut sebenarnya permintaan daripada Wan Saiful.

    "Jika kita perhatikan, semua tawaran ini adalah permintaannya sebagai syarat untuk Tasek Gelugor (Wan Saiful) menyokong Anwar," katanya.

    Enam tawaran tersebut adalah:

    • Peruntukan RM1.7 juta untuk kawasan

    • Peruntukan projek sebanyak RM2 juta

    • Bayaran untuk rawatan kemoterapi isteri Wan Saiful

    • Bayaran guaman untuk kes mahkamahnya

    • "Token" dengan had yang tak dinyatakan untuk kegunaan peribadi

    • Pengguguran kes mahkamah

    Wan Saiful berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM5.59 juta dan dua pertuduhan rasuah berkaitan program Jana Wibawa.

    MENARIK:  PRN Sabah: BN wajibkan calon tandatangani SD elak lompat parti - sumber

    Pada Jumaat lalu, Zulkafperi memfailkan usul untuk merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya di Parlimen sehari sebelumnya.

    Zulkafperi berkata kenyataan itu menimbulkan sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan.

    Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berperananan sebagai ejen untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang terhadap Anwar.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah