29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tatu: Bercanggah syarak, menteri agama nasihat umat Islam jaga batas

    Shopee Sale

    Umat Islam dinasihatkan sentiasa menjaga batas agama dan maruah diri serta menjauhi perbuatan yang bercanggah dengan syarak seperti bertatu, yang tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menerusi kenyataan hari ini mengingatkan umat Islam agar tidak meniru perkara yang melanggar hukum syarak.

    “Sebagai umat Islam, kita hendaklah memelihara iman dan maruah serta mengelakkan daripada membuka aib di media sosial ketika berhadapan masalah, sebaliknya berusaha mendapatkan bantuan pakar,” katanya.

    MENARIK:  Baca, hadam, terima titah Agong - PM

    Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui KSKCareCentre di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menyediakan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma.

    Orang ramai boleh menghubungi MyCareJAKIM menerusi talian 03-8870 7538 / 7460 / 7454 untuk mendapatkan bantuan.

    Sebelum ini, satu video memaparkan seorang pempengaruh dan pencipta kandungan mengaku mencacah tatu pada lengan kirinya tular di media sosial sehingga mengundang perhatian banyak pihak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah