32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tamim Dahri bebas, Mahkamah Tinggi batalkan perintah reman

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan perintah reman selama dua hari terhadap aktivis antikuil haram Tamim Dahri dan tiga rakannya yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

    Ketika dihubungi, peguamnya Aidil Khalid mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

    "Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi petang ini, tuan tanah sendiri, Ismail Mina, gagahkan diri naik ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, untuk menunjukkan tuan tanah memang meminta bantuan Tamim untuk pembersihan tanah yang diceroboh.

    MENARIK:  Dua lagi pengikut GISBH didakwa

    "Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi membatalkan penahanan reman dua hari terhadap Tamim Dahri dan tiga sahabatnya yang diberikan oleh majistret Chai Guan Hock pagi tadi," katanya.

    Tambahnya, hakimnya Roszianayati Ahmad memerintahkan mereka dibebaskan serta-merta.

    Terdahulu, Majistret membenarkan permohonan polis untuk menahan reman keempat-empat individu tersebut bagi membantu siasatan dalam satu kes yang dipercayai berkaitan dengan perobohan sebuah rumah ibadat tidak sah di Taman Rawang Perdana awal pagi semalam. 

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah