33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baru 2025

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru 2025.

    Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

    MENARIK:  TPM: Jangan ada lagi pelajar panjat pokok untuk liputan Internet

    Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.

    “Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.

    “Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah,” titah Seri Paduka Baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah