28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek tembak di KLIA sasar isteri, terkena pengawal peribadi

    Shopee Sale

    Seorang individu dipercayai cuba menembak isterinya, dan sebaliknya terkena seorang pengawal peribadi, dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada 1.15 pagi tadi.

    Suspek dipercayai melarikan diri ke utara, menurut polis.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan lanjut mendapati suspek berniat menembak isterinya yang berada di situ.

    “Isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah ketika kejadian berlaku.

    “Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga merupakan pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

    Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

    “Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi kesan sedang giat dijalankan. Kejadian ini bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

    MENARIK:  Isu stoking tertera kalimah Allah: Adakah Anwar takut, soal PSM

    “Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian manakala suasana di KLIA berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

    Isteri suspek yang juga ejen umrah telah memuat naik satu kenyataan di Facebook mengatakan seorang individu telah cuba membunuhnya apabila dua das tembakan dilepaskan dan terkena pengawal peribadinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah