34.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami wanita maut kemalangan direman polis

    Shopee Sale

    Seorang lelaki direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan isterinya di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah tengah malam semalam.

    Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan majistret Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

    MENARIK:  Seorang lagi pengusaha kebun musang king ditahan SPRM

    Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

    Menurut polis, ada maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang.

    Ketika dalam perjalanan pulang, kata polis, suami mangsa dikatakan mengikutnya namun wanita terbabit kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah