29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Stesen LRT KLCC kembali dibuka kepada penumpang

    Shopee Sale

    Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC yang ditutup sementara susulan kepulan asap di bahagian bilik peralatan elektronik stesen itu, dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada 5.52 petang tadi.

    Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan penumpang telah dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen bagi mengelakkan kesesakan di dalam kawasan stesen dan platform.

    “Bagi melancarkan pergerakan penumpang, perkhidmatan bas peranantara percuma masih disediakan ke Stesen LRT Dang Wangi (hentian bas di hadapan Decathlon KL City Centre) dan Stesen Ampang Park (hentian bas di hadapan Avenue K).

    “Sebagai pilihan alternatif, penumpang juga boleh menaiki tren Laluan Kelana Jaya dari Stesen Ampang Park dan Kampung Baru, Laluan Putrajaya dari Stesen Ampang Park dan Persiaran KLCC serta Laluan Monorel KL dari Stesen Bukit Nanas,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Hamas hargai sokongan Malaysia ke atas Gaza

    Rapid Rail turut memohon maaf kepada penumpang yang terkesan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden.

    Dalam kejadian 3.51 petang itu, kebakaran kecil telah berlaku dan menyebabkan kerosakan pada panel kawalan penghawa dingin stesen yang terletak di dalam bilik loji penghawa dingin.

    Terdahulu, Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohamed Azimin Mohamed Zahidi mengesahkan insiden namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota serta pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagaimanapun api telah dipadamkan oleh pasukan Tindakan Kecemasan KLCC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah