27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM tahan tiga pegawai imigresen bantu warga asing masuk cara haram

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Imigresen Negeri Johor menahan tiga pegawai imigresen dan dua orang awam kerana kesalahan meminta dan menerima rasuah.

    Menurut sumber, kelima-lima suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 35 hingga 46 tahun.

    Tiga pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dan dua orang awam tersebut ditahan kira-kira 5 petang hingga 11 malam semalam secara berasingan di Pejabat SPRM Johor dan Larkin di Johor Bahru.

    Difahamkan, pasukan integriti Jabatan Imigresen Negeri Johor telah membuat pemeriksaan pematuhan integriti berkala di LTAS dan telah memeriksa telefon bimbit milik pegawai yang sedang bertugas dan telah menjumpai beberapa pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit pegawai terbabit.

    “Ia mengandungi penawaran dan penerimaan wang rasuah daripada warga asing yang ingin memasuki Malaysia melalui pegawai-pegawai imigresen itu bagi membantu menerima masuk warga asing tanpa melalui proses dan prosedur yang betul mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil 03 Tahun 2019 dan Akta Imigresen 1956/63,” kata sumber itu hari ini.

    MENARIK:  Pengarah GLIC, GLC - Kita tidak diskriminasi orang politik, kata Anwar

    Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah