31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sekarang BN baru sedar orang Neggiri perlu ATM, kata PN

    Shopee Sale

    PRK NENGGIRI l Pemimpin Perikatan Nasional (PN) membidas BN yang dikatakan gagal menyediakan mesin juruwang automatik (ATM) meskipun telah menguasai Nenggiri sejak puluhan tahun.

    Naib Presiden Bersatu, Mohd Radzi Md Jidin, berkata pengumuman kerajaan mengenai penyediaan perkhidmatan ATM hanya dilakukan ketika kempen pilihan raya.

    "Belum pernah terjadi dalam sejarah negara bahawa Kementerian Kewangan (MOF) kena buat kenyataan rasmi bahawa nanti akan ada mesin ATM untuk keluarkan duit di Nenggiri.

    "Cuba semak sejarah mana pernah berlaku MOF sendiri cakap bahawa nanti orang Nenggiri akan dapat mesin ATM," kata Radzi ketika berucap pada majlis Pelancaran Manifesto PN PRK Nenggiri di Renok, Gua Musang, malam tadi.

    Kelmarin, media melaporkan Nenggiri dijangka akan mendapat perkhidmatan ATM tidak lama lagi, menurut pengumuman MOF.

    Ia selepas calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani membangkitkan keresahan rakyat kawasan berkenaan yang memerlukan kemudahan mesin ATM.

    Menurut kementerian itu, ia telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan mengenai penempatan mesin ATM di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, dan perbincangan tersebut telah menunjukkan hasil yang "positif."

    "Pengaktifan perkhidmatan ATM ini akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan usaha ini akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas ini.

    MENARIK:  Hukuman mati dibatal, wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun

    "MOF juga akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ini dapat diperluaskan," kata kementerian itu pada satu kenyataan.

    Dalam pada itu, Mohd Radzi turut mempersoalkan perananan Mohd Azmawi yang secara tiba-tiba mahu perjuangkan kemudahan ATM masyarakat Nenggiri.

    Sedangkan kata Mohd Radzi berkata, calon BN itu sebelum ini merupakan pegawai kepada bekas Adun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff.

    "Beliau kerja dengan (bekas) wakil rakyat (Nenggiri) pada penggal lepas. Masa demo (kamu) kerja demo buat apa? 

    "Beliau tak sedar ke orang Nenggiri duduk mahukan ATM. Bila datang PRK ini baru sedar,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah