31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Segerakan PSA, akta pendanaan politik, kata MP Bersatu

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Seorang ahli parlimen pembangkang ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini, menggesa kerajaan untuk menyegerakan dua janji reformasi yang telah lama wujud.

    Ia adalah untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) dan menggubal Akta Pendanaan Politik baru.

    Ketika membuat gesaan itu, Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) menekankan kepentingan kedua-dua undang-undang itu ke arah mengukuhkan Parlimen sebagai cabang perundangan dan perananan ahli parlimen pembangkang sebagai kuasa semak dan imbang.

    “Saya tak faham kenapa hari ini dalam keadaan banyak usaha telah dimulakan sebelum ini, PSA tidak dibentangkan oleh kerajaan hari ini,” katanya.

    PSA mula digubal pada 1963, hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia.

    Ia membolehkan Parlimen bertindak sebagai badan yang benar-benar bebas, menjalankan hal ehwalnya, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya.

    Wan Saiful berkata usaha untuk memulihkan PSA telah dimulakan sejak 2018 semasa pentadbiran kali pertama Pakatan Harapan di Putrajaya di bawah Dr Mahathir Mohamad, yang semasa memegang jawatan perdana menteri pada 1992 memansuhkan undang-undang itu.

    MENARIK:  'Pergantungan pada import lateks antara faktor penutupan Goodyear'

    “Apa yang perlu dibuat hanya teruskan sahaja apa yang telah dimulakan. Tak perlu kajian-kajian yang terlalu panjang, terlalu menyusahkan, sebab benda dah dibuat sebelum ini.

    “Menteri pada bulan April tahun lepas sebut sepatutnya perlu bentang tahun lepas, katanya 90 peratus siap... Tetapi kalau 90 peratus dah siap tahun lepas, kenapa tak bentang tahun lepas?

    “Takkan (baki) 10 peratus lambat slow sangat untuk selesaikan?”soalnya.

    Seterusnya, Wan Saiful memetik draf cadangan untuk akta pembiayaan politik yang dibentangkan pada 2022 oleh kumpulan antara parlimen yang masih belum diterima pakai oleh kerajaan.

    Kata bekas ketua pegawai eksekutif bagi kumpulan pemikir Ideas itu berkata bahawa dia telah terlibat dalam perundingan serupa sejak 2015, walaupun sebelum dipilih sebagai ahli parlimen.

    “Ini menunjukkan kerajaan sudah tidak ada komitmen laksanakan reformasi institusi.

    “Kesungguhan itu sudah hilang,” katanya lagi.

    Skandal rasuah besar yang dikaitkan dengan politik, termasuk dakwaan baru-baru ini melibatkan beberapa Adun Sabah telah mencetuskan perdebatan mengenai keperluan mendesak untuk undang-undang pembiayaan politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah