25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sabah bimbang penahanan Zizi Kirana, Sul Aidil

    Shopee Sale

    Kerajaan Sabah hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan dua anak negeri itu, Zizi Kirana dan Sul Aidil, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri amat prihatin dengan situasi semasa dan menyifatkan penglibatan serta keberanian terbabit dalam misi tersebut sebagai tindakan yang membanggakan rakyat Sabah dan Malaysia.

    “Kerajaan negeri yakin Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan Menteri Luar (Mohamad Hasan) akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan Malaysia yang ditahan.

    “Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  Awie harap pengundi Nenggiri keluar tunai tanggungjawab

    Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan politik untuk bersatu menunjukkan solidariti terhadap isu kemanusiaan ke Gaza.

    Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

    Mereka termasuk Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah