31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU mufti dibentang lagi bulan depan, tiada pindaan setakat ini

    Shopee Sale

    Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

    Beliau berkata setakat ini pihaknya telah melakukan bacaan kali pertama untuk RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 itu semasa sidang Parlimen lepas. 

    "Pada masa ini status rang undang-undang berkenaan belum ada apa-apa perubahan. Insya-Allah kita rancang akan teruskan bacaan kali kedua dan ketiga Oktober ini," katanya kepada pemberita pada Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Negeri Kelantan di Kampung Pulau Pisang di Kota Bharu hari ini.

    Mohd Na’im berkata keputusan mengenai RUU Mufti tersebut akan diketahui pada tahun ini juga, selain akan dibincangkan di Dewan Rakyat sebelum dibentangkan di Dewan Negara.

    MENARIK:  Tiada cadangan angkat Kampung Baru jadi Tapak Warisan UNESCO

     Sebelum ini, media melaporkan bacaan pertama dibuat pada Julai lepas, dengan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antara tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan bagi tujuan pindaan.

    RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah