31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU asing peranan AG: PM tak terlibat lantik pendakwa raya

    Shopee Sale

    Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 yang bertujuan mengasingkan perananan Peguam Negara dan Pendakwa Raya tidak memperuntukkan sebarang perananan kepada Perdana Menteri dalam pelantikan Pendakwa Raya.

    Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata menerusi RUU itu, pelantikan Pendakwa Raya bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Majlis Raja-Raja, dengan tempoh perjawatan selama tujuh tahun.

    Beliau berkata calon untuk dilantik ke jawatan itu akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).

    “Idea asal ialah untuk memisahkan campur tangan politik dalam aspek pelantikan Pendakwa Raya dan sebab inilah kita tidak meletakkan perananan ahli politik, termasuk Perdana Menteri, sebab kita mahu memastikan beliau (Pendakwa Raya) berlaku adil ketika menjalankan tugas.

    MENARIK:  Polis kerah 40 anggota pantau himpunan Demi Zara malam ini

    “Kita khuatir Pendakwa Raya akan terikut-ikut dengan rentak kelompok tertentu yang menentukan pelantikannya, jika proses berkenaan turut membabitkan yang berhormat atau ahli politik," katanya pada sesi Taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bagi RUU itu di Dewan Serbaguna Parlimen hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah