31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rapid-On-Demand laksana kadar tambang tetap RM2 Feb ini

    Shopee Sale

    Perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan struktur tambang tetap berkuat kuasa 1 Feb ini yang menyaksikan peralihan harga daripada fasa promosi RM1 kepada model harga kekal.

    Ketua Jabatan Perancangan dan Strategi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Sharul Azwa Abd Rani, berkata kadar tambang baru itu turut melibatkan pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga.

    “Kadar semasa sebenarnya merupakan tambang promosi RM1. Justeru, tambang promosi ini akan berakhir seiring dengan tempoh POC (pembuktian konsep).

    “Mulai 1 Feb ini tambang kadar tetap akan dilaksanakan,” katanya pada sesi taklimat media mengenai kemas kini perkhidmatan ROD di Menara Prasarana, Petaling Jaya hari ini.

    Dia berkata Prasarana merancang menambah 300 unit van elektrik (EV) lagi ke dalam sistem perkhidmatan ROD secara berperingkat mulai akhir tahun depan sehingga penghujung 2028 agar liputan diperluas, serta operasi perkhidmatan itu diperkukuh.

    MENARIK:  GISBH: 34 individu tamat reman akan ditahan semula bawah Sosma

    Sharul Azwa berkata daripada jumlah itu, 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang manakala 170 lagi di Pulau Pinang selari dengan peranancangan penambahan zon operasi masing-masing.

    “Di Lembah Klang, penambahan melibatkan 22 zon baru manakala di Pulau Pinang sebanyak 23 zon akan ditambah,” katanya.

    Dia berkata setakat ini, perkhidmatan ROD merangkumi 82 zon, dengan 71 zon beroperasi di Lembah Klang serta 11 zon di Pulau Pinang.

    Katanya Prasarana turut memberi perhatian terhadap keperluan golongan kurang upaya dalam penambahbaikan perkhidmatan itu termasuk dari segi ciri operasi serta peranancangan masa hadapan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah