30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putin: Malaysia rakan lama penting dipercayai Rusia

    Shopee Sale

    Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan Malaysia sebagai rakan yang boleh dipercayai dan penting bagi Rusia semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Perdana menteri Malaysia tiba di Moscow untuk lawatan rasmi pada Selasa.

    “Tuan Perdana Menteri yang dihormati, para sahabat sekalian, izinkan saya mengalu-alukan anda ke Moscow.

    “Malaysia ialah rakan lama kami yang sangat boleh dipercayai dan penting, sama ada secara umum mahupun di Asia Tenggara,” kata Putin semasa pertemuan itu.

    MENARIK:  Ibu rayu polis keluar notis merah suami larikan anak


    Presiden Rusia itu berkata hubungan ekonomi antara Rusia dan Malaysia kekal stabil, dan meskipun perdagangan dua hala mencatat sedikit penurunan tahun lepas, tahapnya masih baik.

    “Suruhanjaya Antara Kerajaan harus memberi perhatian terhadap perkara ini, mencari punca dan mengambil langkah bagi memastikan trend pembangunan yang positif,” tambah Putin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah