24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan 9 lelaki kes bergaduh di kilang

    Shopee Sale

    Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kejadian pergaduhan antara warga tempatan dan asing di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di Kota Kinabalu, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata empat lelaki tempatan dan lima lelaki warga asing itu ditahan pada 3.30 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    Mohd Zaidi berkata pihaknya menerima laporan menyatakan pada 5.30 petang pengadu ditumbuk suspek seorang lelaki warga asing yang menyebabkan pergaduhan antara mereka, dan pengadu cedera ringan di kedua-dua lutut.

    Katanya, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada seorang pekerja warga asing yang didakwa melanggar bahu seorang pekerja warga tempatan ketika pekerja berbaris untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat masa berkerja.

    “Suspek warga asing melanggar bahu pekerja tempatan itu, namun ia langsung tidak diendahkan. Seorang lagi pekerja warga asing tiba-tiba menjerit dan menuding jari ke arah pekerja tempatan itu sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu.

    MENARIK:  Samun berparang, kontraktor diikat, belasah di ladang sawit

    “Pekerja tempatan terbabit tidak mengendahkan ajakan itu, namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang. Kejadian menyebabkan pergelutan sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua pihak,” katanya.

    Mohd Zaidi berkata pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan serta pekerja kilang yang lain.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah