31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Madani langkah yakin ke hadapan bersama rakyat

    Shopee Sale

    Kerajaan Madani akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata kerajaan akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

    “Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook malam ini.

    Dalam hantaran sama, Anwar turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

    Kempen TMM 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Klinik swasta tak wajib beri bil terperinci pada semua pesakit - KKM

    Festival kira detik yang disertai Anwar, menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah