27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak dengan presiden Fifa

    Shopee Sale

    Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.

    Menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau Asean.

    “Antara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan projek Arena Fifa yang dijangka menjadi pemangkin kepada kelahiran lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana bola sepak negara.

    “Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak Asean-Fifa yang merupakan langkah strategik ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya menerusi hantaran itu.

    MENARIK:  JPS beri amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas

    Anwar berkata Malaysia akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negara melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama Fifa.

    Katanya, langkah itu penting bagi melahirkan generasi baru pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah