30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR selar Rafidah kritik hasrat k'jaan bangunkan semula Gaza

    Shopee Sale

    Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR menyelar kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz mengenai langkah kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

    Pengarahnya Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan berkata sebagai seorang tokoh yang berpengalaman dalam hubungan antarabangsa, Rafidah tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

    “Israel tidak pernah tunduk dengan mana-mana desakan antarabangsa, khususnya penyelesaian dua negara walau telah diputuskan diperingkat PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). ⁠Oleh yang demikian kenyataan Tan Sri Rafidah seolah-olah menunggu kucing bertanduk,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Selain itu, Amidi turut menyentuh situasi tragis yang berlaku di Gaza dengan mengingatkan dalam edisi terbaru peperanangan Hamas-Israel, apabila rejim Zionis telah menyerang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.

    “Ada kemungkinan tidak pernah terlintas di media sosial beliau, solat hari raya dilakukan dalam runtuhan sebuah bangunan.

    MENARIK:  PRK Ayer Kuning: 6 nama calon BN, siapa paling layak?

    “Malah para doktor perubatan ditangkap atau terbunuh ketika hospital dibom. ⁠Di manakah rasa kasihan belas Tan Sri?,” katanya.

    Malaysia sebelum ini mengumumkan pembinaan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza menjadikannya negara Asean pertama yang mengambil inisiatif membangunkan semula wilayah itu.

    Projek berimpak tinggi itu berada di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dijangka dilancarkan selepas Ramadan ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah