25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR Sabah setuju jawatan presiden, timbalan presiden tak dipertandingkan

    Shopee Sale

    Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pengundian parti pada Mei ini.

    Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Mustafa Sakmud berkata langkah tersebut penting bagi mengelakkan pergeseran dalaman serta memastikan parti kekal utuh dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

    Mustafa menegaskan bahawa PKR tidak menafikan hak demokrasi dalam parti serta tidak menghalang mana-mana pihak daripada bertanding, namun dia menyeru semua anggota mengutamakan kepentingan parti.

    “Sebanyak 24 cabang telah bermesyuarat kecuali Beaufort yang kini berdepan bencana banjir. Usul yang diutarakan oleh pimpinan cabang antara lain menyatakan persetujuan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Kita berharap perkara ini dapat direalisasikan.

    “Ketika ini, presiden kita Anwar Ibrahim merupakan perdana menteri, manakala timbalannya Rafizi Ramli ialah menteri ekonomi. Oleh itu, adalah lebih baik jika jawatan ini tidak dipertandingkan,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  Laluan penerbangan baru keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT

    Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR Sabah yang dipengerusikan Christina Liew.

    Sebelum ini, PKR memutuskan bahawa pengundian bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) akan dilaksanakan pada 24 Mei.

    Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Shamsul Iskandar Md Akin sebelum ini dilaporkan berkata bahawa parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

    Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal bahawa parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Sabah akan datang, Mustafa berkata PKR mempunyai pendekatan tersendiri.

    “Sesiapa yang merasakan dirinya kuat, silakan bertanding secara solo dan kita akan lihat kesannya. Namun, secara logiknya dalam konteks politik negara mahupun negeri ini, kita tidak boleh mengetepikan rakan kerjasama,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah