28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penunggang motosikal maut leher tersangkut kabel jatuh

    Shopee Sale

    Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh akibat ditarik palang kren di Jalan Kulim, Bukit Mertajam petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kejadian kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan lelaki berusia 40-an terbabit dunia di lokasi kejadian.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila palang pada lori kren dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Kulim, Kedah menghala Bukit Mertajam tersangkut pada kabel telekomunikasi mengakibatkan kabel itu jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

    MENARIK:  ULASAN | Mahathir dan kenyataan berulang, ulang, ulang, ulangnya…

    Tambah Helmi, penunggang motosikal terbabit yang datang dari arah bertentangan bagaimanapun tidak sempat mengelak menyebabkan wayar kabel itu tersangkut pada lehernya sebelum mangsa terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

    Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bezah siasat, manakala pemandu lori direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah