29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengendali e-undi PKR nafi sistem dimanipulasi – sumber

    Shopee Sale

    Pengendali sistem e-undi dalam pengundian PKR menafikan dakwaan sistem itu dimanipulasi dalam pengundian peringkat cabang parti itu.

    Sekurang-kurangnya dua sumber dalaman parti dan seorang ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa wakil syarikat yang mengendalikan sistem itu memberi penjelasan berkenaan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, pada Rabu.

    "Dalam mesyuarat MPP PKR semalam (Rabu), vendor memberi penjelasan mengenai bagaimana cara sistem e-undi digunakan. Syarikat pengauditan juga memberi penjelasan.

    "Secara amnya, mereka menafikan tiada sebarang unsur penyelewengan atau manipulasi di pihak mereka," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

    Mesyuarat MPP PKR sebelum ini diadakan susulan beberapa pihak mempertikaikan keputusan pengundian PKR peringkat cabang.

    Mesyuarat itu diadakan lebih kurang tiga jam di kediaman rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Seri Perdana, Putrajaya.

    Pemilihan PKR peringkat cabang bermula pada 11 April dan berakhir 20 April lalu. Namun, proses itu dilanda pelbagai dakwaan penyelewengan, termasuk 'keanehan' yang menyaksikan kumpulan tertentu menyapu bersih jawatankuasa cabang tetapi calon ketua cabang mereka tewas.

    MENARIK:  Tanah di Gebeng dijual untuk pajakan 99 tahun, bukan hak milik kekal - MB

    Trend itu berlaku di banyak tempat dan digelar sesetengah pihak sebagai fenomena "badan tanpa kepala" – pasukan menang, tetapi ketuanya kalah.

    Antara contoh paling ketara termasuk Gan Ay Ling di Kangar, Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Balik Pulau, Mohd Kamri Kamaruddin di Ampang, Chua Wei Kiat di Selayang, Rodziah Ismail di Shah Alam, dan Ginie Lim di Alor Gajah.

    Sementara itu, sumber JPP memberitahu Malaysiakini bahawa mustahil bagi mana-mana pihak membuat manipulasi keputusan pengundian berkenaan.

    Katanya, ini kerana setiap proses perlu melalui audit.

    "MPP lantik JPP. Vendor sistem dilantik oleh JPP diperakui oleh MPP. Auditor dilantik oleh MPP.

    "Berbanding pengundian lepas, audit dilantik setelah undian dan keputusan diumum. Sekarang setiap proses diaudit.

    "Bermula sistem yang dibangunkan, proses pengundian, penjumlahan dan pengesahan keputusan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah