28.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk gesa tempoh bantahan awam loji WTE dilanjut 3 bulan

    Shopee Sale

    Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) hari ini menggesa agar tempoh bantahan awam terhadap Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi cadangan pembinaan loji insinerator sampah kepada tenaga (waste-to-energy, WTE) di Batu Arang, Rawang, dilanjutkan selama tiga bulan.

    Sebagai langkah susulan, wakil JRTI telah menyerahkan surat rasmi kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, memohon lanjutan tempoh bantahan tersebut.

    Menurut JRTI, surat itu dikemukakan berikutan ketiadaan maklum balas terhadap surat terdahulu yang dihantar pada 21 dan 26 Mei serta 6 Jun.

    “Kami di sini hari ini dengan mesej yang jelas, masyarakat berhak mendapat ketelusan, akauntabiliti, dan peluang untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam keputusan yang menjejaskan kesihatan dan persekitaran mereka.

    "Surat itu (yang diserahkan) mengulangi gesaan JRTI untuk lanjutan tiga bulan bagi memastikan komuniti yang terjejas mempunyai masa yang mencukupi untuk menyemak, menganalisis dan bertindak balas secara berkesan terhadap laporan EIA.

    MENARIK:  Anwar, jangan tunduk kepada tuntutan sektarian - Kadir

    "JRTI juga telah menawarkan untuk membantu memudahkan taklimat dan terjemahan untuk mempromosikan penglibatan awam yang inklusif,” kata jurucakap JRTI, Abdul Hanan Abd Mokti dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, pada 9 Mei, JRTI mengecam Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana didakwa gagal mempamerkan laporan EIA projek Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah seperti yang sepatutnya.

    Dokumen berkenaan sepatutnya dipamerkan di tiga lokasi, termasuk premis MPS sendiri, bermula 7 Mei.

    Namun, menurut JRTI, wakil mereka yang hadir ke pejabat MPS pada hari tersebut dimaklumkan bahawa dokumen itu masih belum tersedia untuk tontonan awam kerana ia baru diterima pada hari sama.

    Difahamkan juga, pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS ketika itu tidak berada di pejabat dan tidak dapat memberikan kelulusan bagi paparan awam laporan EIA berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah