34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PKR: Henti politikkan isu penarikan larangan komik Hew

    Shopee Sale

    Pemuda PKR menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan keputusan mahkamah membatalkan pengharaman buku komik “'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” karya bekas ahli DAP Hew Kuan Yau.

    Dalam satu kenyataan, ketua biro undang-undang sayap pemuda itu Asheeq Ali Sethi Alivi berkata bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik larangan terhadap buku itu adalah untuk mematuhi keputusan mahkamah.

    “Pembatalan perintah larangan tersebut dibuat hanya setelah kesemua prosiding mahkamah selesai di mana kerajaan Malaysia harus mematuhi perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2022.

    Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sentiasa komited dalam memelihara kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman dalam negara ini," kata Asheeq Ali dalam kenyataan media hari ini.

    Dia berkata badan kehakiman negara mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk memutuskan sebarang perkara undang-undang, mengikut undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan.

    "Oleh itu, AMK Malaysia (Pemuda PKR) mendesak semua pihak termasuk parti-parti gabungan kerajaan Madani untuk menghormati keputusan mahkamah dan berhenti mempolitikkan isu pembatalan perintah larangan tersebut," katanya.

    Walaupun Asheeq Ali tidak menyebut nama, ini dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, yang lantang mengkritik isu itu.

    Akmal sebelum ini meminta kerajaan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan yang membatalkan larangan itu. Dia turut menyelar Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang menyokong pengharaman buku itu ditarik balik.

    MENARIK:  K'jaan masuki fasa penting pelaksanaan komitmen MA63 - Saifuddin

    Pembatalan larangan itu disiarkan dalam warta kerajaan persekutuan pada Isnin, yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

    Buku itu, yang dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, dilaporkan melukis gambaran cemerlang China dan inisiatif Belt and Road, sambil memberi gambaran buruk tentang dunia Barat.

    KDN mengumumkan ia mengharamkan buku itu pada 23 Okt 2019. Pada 26 April 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Hew untuk membatalkan larangan itu.

    Pada 6 Julai 2022, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan Hew untuk membatalkan larangan itu. Kemudian pada 8 Dis 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan KDN, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah