27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh disiasat hantar mesej berbaur lucah pada budak

    Shopee Sale

    Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    “Suspek telah ditahan semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Terdahulu penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice, mendedahkan beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh terbabit kepada seorang remaja bawah umur.

    MENARIK:  K’jaaan semak semula unjuran KDNK selepas hasil rundingan dengan AS

    Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Caprice memaklumkan bahawa dia dihubungi oleh ibu kepada remaja berkenaan yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

    Tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh individu terbabit kepada remaja itu.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah