33.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembantu Kor Ming dinamakan calon PH di KKB

    Shopee Sale

    Pembantu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Pang Sock Toa diumum sebagai calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

    Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di pusat khidmat wakil rakyat itu di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu, malam ini.

    Loke berkata Pang yang berumur 31 tahun dan berasal dari Ampang, Selangor itu disenarai pendek daripada beberpaa orang calon wanita.

    Pang sebelum ini bertugas sebagai penyampai berita untuk Ubah TV, saluran video milik DAP.

    Pencalonan Pang dilaporkan oleh Malaysiakini awal hari ini, dengan memetik sumber dari PH.

    Semalam, Pengarah PRK PH, Ng Sze Han berkata 10 nama disenarai pendek dan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertingginya malam tadi.

    Dia berkata daripada 10 individu yang disenarai pendek, terdapat calon daripada kaum Melayu, Cina dan India.

    MENARIK:  Penswastaan parkir: PBT pihak paling rugi, kata Pemuda MCA Petaling Jaya

    PRK Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi, manakala Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

    PRK itu adalah yang ketujuh sejak pilihan raya umum ke-15 selepas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Ogos tahun lalu, kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), kerusi DUN Pelangai (Oktober), kerusi DUN Jepak (November), dan Parlimen Kemaman (Disember).


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah