33 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pembangunan hartanah di Kelantan perlu bersandar konsep Islamik’

    Shopee Sale

    Pembinaan rumah di Kelantan perlu berkonsepkan ciri Islamik dan perkara itu perlu dijadikan sandaran utama bagi projek perumahan yang dibangunkan di negeri ini, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

    Mohd Amar berkata konsep itu tidak hanya diukur berdasarkan bentuk fizikalnya semata-mata, tapi perlu mengambil kira dan memahami asas Islam dalam pembinaannya.

    “Antaranya termasuk pembinaan rumah mengikut arah kiblat, ruang tandas yang tidak terlalu sempit, pembahagian ruang yang menjaga aurat dan privasi keluarga pemilik dan sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik.

    “Begitu juga pembinaan masjid, kita sarankan dibina di tengah-tengah bukan di hujung atau penjuru kawasan perumahan, bagi memudahkan penghuni hadir menunaikan solat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Taman Kota Jembal Fasa 4 dan Mesra Aidilfitri di Kota Bharu hari ini.

    MENARIK:  HTJ sesak, kerajaan Negeri Sembilan mohon bina hospital baru

    Mohd Amar berkata walaupun ia bukan menjadi syarat dan dasar wajib, tetapi konsep dan idea asal kediaman bercirikan Islamik perlu diterapkan dalam pembangunan hartanah di negeri itu, terutama projek yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

    Taman Kota Jembal dibangunkan melalui tujuh fasa di atas tanah seluas kira-kira 13 hektar membabitkan pembinaan 241 unit kediaman teres dan banglo yang masing-masing dijual pada harga RM258,000 dan RM340,800.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah