24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin akan bawa Bersatu bangkit lagi, kata Peja

    Shopee Sale

    Di sebalik kemelut yang membelenggu Bersatu, seorang pemimpin kanannya menyatakan keyakinan parti itu akan mampu bangkit semula untuk “memimpin negara” bersama Muhyiddin Yassin yang “amat berpengalaman.”

    Menurut Ahmad Faizal Azumu, dia berasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkenaan isu semasa yang bersifat negatif sebagai salah seorang pendiri awal Bersatu.

    Sejak awal, kata Naib Presiden Bersatu itu, parti tersebut berdepan dengan pelbagai ujian getir yang memeritkan.

    Misalnya, kata Ahmad Faizal, walaupun Bersatu diasaskan atas semangat cintakan negara, perjuangan melawan rasuah, salah guna kuasa serta keazaman mempertahan kedaulatan perlembagaan, terdapat kalangan ahli yang “tersimpang” akibat tekanan ataupun habuan.

    Pun begitu, katanya, perjuangannya Bersatu kekal utuh dan mendapat sokongan memberangsangkan di seluruh negara.

    “Usia mudanya bukan penghalang untuk membuat pelbagai keputusan besar dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang amat berpengalaman.

    “Kami akan sekali lagi bangkit daripada apa juga permasalahan yang sedang dihadapi. Kami akan sentiasa berjuang demi rakyat, kerana Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bersatu dibayangi krisis terbaru apabila Muhyiddin sendiri – semasa persidangan tahunan parti terbabit baru-baru ini – mendedahkan ada gerakan mengumpul tandatangan bagi mendesak dia berundur.

    Beberapa hari lalu pula bekas ketua penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan, membuat sidang media bagi menjelaskan tujuan perakuan berkanun (SD) dikumpulkan.

    MENARIK:  Veteran Umno kecam MB T'ganu tak sertai TPM lawat mangsa banjir

    Dalam sidang media sama Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu juga membangkitkan semula isu kontroversi melibatkan Setiausaha Agung Bersatu merangkap Setiausaha Agung PN, Azmin Ali.

    Perkembangan itu memperlihatkan pertembungan terbuka di antara dua kumpulan dalam Bersatu sebelum termpiasnya terkena juga kepada PAS.

    Ahmad Faizal berkata Bersatu kini berdepan dengan pelbagai isu melibatkan rakyat serta kelemahan kerajaan.

    Dia yang pernah menjadi timbalan kepada Muhyiddin sebelum ini menjelaskan, Bersatu akan terus memberikan penumpuan kepada isu tekanan ekonomi yang menghimpit kehidupan orang ramai.

    “Berkat doa, usaha tanpa penat lelah semua pemimpin di semua peringkat, Bersatu akan bangkit dengan lebih berjaya.

    “Bersatu bakal memimpin negara dan mengemudi kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah