Mulai esok, pemilik kenderaan diesel di semenanjung Malaysia daripada kumpulan B40 dan M40 boleh memohon subsidi daripada Program Bantuan Subsidi Budi Madani (Budi).
Kementerian Kewangan berkata penerima yang layak akan menerima RM200 sebulan selaras dengan pelaksanaan subsidi diesel yang disasarkan.
"Pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk pekebun kecil boleh memohon Budi yang akan dibuka mulai 28 Mei 2024," katanya pada hantaran di media sosial.
Kementerian Kewangan juga berkata pemilik kenderaan diesel persendirian boleh memohon melalui kategori Budi Individu manakala pekebun kecil boleh memohon melalui Budi Agro-Komoditi.





