30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC siasat video pijak gambar Jalur Gemilang di TikTok

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.

    "Tindakan tegas akan diambil," katanya kepada Bernama sejurus tiba di Tokyo hari ini.

    Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang tadi bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025 di sini. 

    MENARIK:  Peguam Yusoff gesa polis jelaskan status laporan Yusoff terhadap Anwar, Farhash

    Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan peranang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah